CTU : Zaman Bani Abbasiyyah



ZAMAN PERTENGAHAN
KERAJAAN BANI ABBASIYYAH
(750 – 1258M)

1.0 PENGENALAN
Pembentukan Kerajaan Bani Abbasiyyah (750-1258M)
Ø  Diasaskan oleh Abdullah Bin Muhammad Bin Ali Bin Abdullah Bin Al-Abbas pada tahun 750M.
Ø  Berpusat di Baghdad, Iraq.
Ø  Terdapat 37 orang khalifah sepanjang tempoh pemerintahan yang berlangsung selama 524 tahun.
Ø  Zaman kegemilangan (sewaktu pemerintahan) :-
o   Khalifah Abu Jaafar al-Mansur
o   Khalifah Harun al-Rasyid
o   Khalifah al-Makmun
Ø  Berakhir pemerintahan pada tahun 1258M apabila Baghdad ditakluki oleh tentera Mongol yang diketuai oleh Hulagu Khan.

Gerakan Bani Abbasiyyah
Ø  Kerajaan Bani Abbasiyyah diasaskan pada tahun 750M setelah Gerakan atau Revolusi Abbasiyyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umayyah.
Ø  Gerakan ini ditaja oleh Ali Bin Abdullah dan bergerak secara sulit.
Ø  Gerakan ini lebih terbuka bermula pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.
Ø  Mereka meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad saw) untuk mendapat sokongan.
Ø  Mereka telah menjadikan Khurasan, Kufah, dan Humaimah sebagai pusat operasi menentang kerajaan Bani Umayyah.
Ø  Gerakan ini dikukuhkan oleh Abu Salama al-Khallal di Kufah.
Ø  Abu Muslim al-Khurasani menjadi ketua di Khurasan.

Cara perlantikkan Khalifah dalam kerajaan Bani Abbasiyyah
Ø  Cara perlantikkan khalifah di dalam Kerajaan Bani Abbasiyah adalah sama seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Bani Umaiyah iaitu menentukan sendiri bakal khalifah sebelum wafatnya
o   Abu al-Abbas al-Saffah melantik gantinya Abu Jaafar al-Mansor sebagai bakal khalifah manakala gantinya ialah anak saudaranya Isa bin Musa bin Muhammad bin Ali.
o   Khalifah Harun al-Rasyid pula melantik ketiga-tiga orang anaknya menjadi Khalifah atas nasihat para pembesarnya iaitu al-Amin, al-Makmun dan al-Mu'tasim. Kemudian berlaku perebutan kuasa yang berakhir dengan kemenangan kepada al-Makmun.
o   Al-Makmun kemudian melantik pula saudaranya al-Mu'tasim. Al-Mu'tasim melantik anaknya al-Wathiq. Al-Wathiq meninggal dunia tanpa melantik bakal khalifah. Pembesar-pembesar negara melantik gantinya al-Mutawakkil.
o   Al-Mutawakkil kemudiannya mengikut jejak langkah datuknya, Harun al-Rasyid dengan melantik tiga orang anaknya ganti khalifah iaitu Muhammad Muntasir Billah, Muhammad al-Mu'taz Billah dan Ibrahim al-Muayyad Billah. Kemudian diakhir pemerintahannya ia membatalkan perlantikan Muhammad al-Muntasir Billah kerana dijangka keburukkan akan berlaku sekiranya ia menjawat jawatan khalifah.

Ø  Khalifah kemudian dikuasai oleh pembesar-pembesar bangsa Turki, mereka melantik dan melucutkan siapa yang mereka kehendaki. Setelah Bani Buawaeh menguasai pemerintahan, mereka pula berkuasa dalam perlantikan khalifah. Sehinggalah kerajaan ini dikalahkan oleh tentera Mongol yang dipimpin oleh Hulagu Khan pada tahun 1258M.

Khalifah yang terkenal pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah

1.    Khalifah Abdullah Al Abbas (750 – 754M)
             Riwayat Hidup
Ø  Abu al-Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas.
Ø  Gelaran beliau ialah Abu Abbas As Saffah (Penumpah Darah).
Ø  Beliau dilahirkan pada tahun 104H di Humaimah.
Ø  Beliau dilantik sebagai khalifah pertama pada 13 Rabiulawal 132H / 750M.
Ø  Beliau wafat pada 13 Zulhijjah 136H ketika berusia 33 tahun.
Ø  Beliau memerintah selama 4 tahun 9 bulan.

Jasa-jasa Khalifah Abdullah al-Abbas.
Ø  Mengadakan rumah-rumah api untuk panduan musafir (lampu-lampu jalan raya untuk panduan orang-orang yang berjalan pada malam hari).
Ø  Memperbaharui jalan dan meletakkan batu tanda jarak di antara Mekah dangan Kufah mengikut kiraan Batu Hasyimi.
Ø  Memperkukuhkan angkatan tentera untuk mempertahankan ancaman musuh terutama dari Rom.
Ø  Membuka bandar baru di Iraq yang dinamakan Bandar Hasyimiah.
  
2.    Khalifah Abu Jaafar al-Mansur (754 - 775M)
             Riwayat Hidup
Ø  Abu Jaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas.
Ø  Beliau adalah saudara Abu Abbas.
Ø  Beliau dilahirkan pada 101H di Humaimah.
Ø  Beliau berjuang bersama-sama dengan saudaranya Abu Abbas untuk menegakkan daulah Abbasiyah.
Ø  Beliau adalah orang kanan As Saffah semasa menegakkan Kerajaan Bani Abbasiyah.
Ø  Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 136H atas wasiat Abu Abbas ketika berusia 35 tahun.
Ø  Beliau wafat pada tahun 158H di Bikrul Maimun dalam perjalanan untuk mengerjakan haji ketika berusia 57 tahun.
Ø  Beliau memerintah selama 22 tahun dan dianggap sebagai bapa pembangun kerajaan Abbasiyah yang sebenar kerana ditangan beliaulah kerajaan Abbasiyyah berdiri dengan kukuh.
Ø  Beliau berjaya menghapuskan segala anasir yang mengancam kerajaan.
Ø  Beliau memulakan pembangunan negara secara lebih pesat.
Ø  Beliau memulakan gerakan mengkaji ilmu pengetahuan sehingga Kota Baghdad dianggap sebagai pusat pertemuan ilmu pengetahuan dunia.

Jasa-jasa Khalifah Abu Jaafar al-Mansur
Ø  Mendirikan Kota Baghdad di Iraq.
Ø  Membina Istana yang indah.
Ø  Membina sebuah pelabuhan yang besar di Sungai Furat untuk persinggahan kapal-kapal.
Ø  Memajukan perkembangan ilmu pengetahuan, mempergiatkan usaha menterjemah buku-buku pengetahuan ke dalam Bahasa Arab.
Ø  Mendirikan sekolah tinggi iaitu "Baitul Hikmah".
  
3.    Khalifah Harun Ar Rasyid (786 – 809M)
             Riwayat Hidup
Ø  Beliau adalah anak kepada Khalifah Muhammad Al Mahdi.
Ø  Dilahirkan pada tahun 145H, di Raiy.
Ø  Pernah menjadi penglima perang menyerang Rom semasa ayahnya menjadi gebenor di Afrika Utara.
Ø  Mengerjakan Haji sebanyak 9 kali semasa hidupnya.
Ø  Dilantik menjadi Putera Mahkota pada tahun 166H.
Ø  Menjadi Khalifah pada tahun 170H. Ketika itu beliau berusia 25 tahun.
Ø  Wafat pada tahun 193 Hijrah di Tus (Tours).
Ø  Beliau memerintah selama 23 tahun.

Jasa-jasa Khalifah Harun Ar Rasyid
Ø  Menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
Ø  Mendirikan pusat-pusat pengajian rendah dan menengah serta memberi pelajaran dengan percuma.
Ø  Menjemput Para Ulama dan Cendekiawan ke Baghdad untuk mengembangkan ilmu pengetahuan.
Ø  Mengusahakan penterjemahan buku-buku asing ke dalam bahasa arab.
Ø  Menghapuskan musuh-musuh negara dari dalam dan luar negeri untuk menstabilkan negara.
Ø  Menjalinkan hubungan yang baik dengan negara-negara asing.
Ø  Mendirikan Darul Hikmah (Perpustakaan awam).
Ø  Membina tempat meneropong bintang untuk ahli ilmu falak
  
4.    Khalifah al-Makmun Bin Harun al-Rasyid (813 – 833M)
             Riwayat Hidup
Ø  Nama penuh beliau ialah Abdullah Al Makmun bin Harun Al Rashid.
Ø  Beliau adalah merupakan adik kepada Khalifah Muhammad al-Amin.
Ø  Beliau dilahirkan pada tahun 170H iaitu pada hari perlantikan ayahandanya Harun Al Rashid menjadi Khalifah.
Ø  Ibunya bernama Marajel iaitu seorang Jariah bangsa Farsi.
Ø  Pernah menjadi governor di Khurasan semasa Al Amin.
Ø  Dilantik sebagai Khalifah pada tahun 198H, ketika berusia 28 tahun.
Ø  Wafat pada tahun 218H di Tarsus dalam perjalanannya menghadapi satu peperangan dengan Rom. Ketika itu beliau berumur 48 tahun.

Jasa-jasa Khalifah al-Makmun Bin Harun al-Rasyid
Ø  Usaha-usaha menterjemahkan buku-buku asing ke dalam bahasa Arab.
Ø  Mendirikan dua tempat pusat pengkajian angkasa lepas iaitu di Damsyik dan Baghdad.
Ø  Menjemput para cerdik pandai ke Baghdad dan mereka diberi pelbagai hadiah.
Ø  Memperbaiki sistem hospital dan menambah bilangan hospital.
Ø  Mendirikan sekolah dan diberi kemudahan kepada pelajar-pelajar.
Ø  Memperluaskan dan memajukan Darul Hikmah

2.0 SUMBANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYYAH
1.    Pendidikan
Ø  Pemerintah menggalakkan masyarakat menimba ilmu.
Ø  Setiap masjid dilengkapi sekolah dan perpustakaan.
Ø  Golongan penyelidik dan ahli karya dianugerahkan hadiah lumayan.
Ø  Khalifah Abu Jaafar al-Mansur merupakan pelopor kegiatan intelektual. Beliau bertanggungjawab mengasaskan kota Baghdad dan mendirikan kolej perubatan.
Ø  Beliau turut menjemput Jurjis bin Jibril bin Bakhtishu’ pengarah hospital Jundishapur ke Baghdad dan melantik sebagai pengarah kolej perubatan.
Ø  Baghdad menjadi pusat intelektual terunggul pada masa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid (786-809M) yang juga merupakan pengasas Khizanah al-Hikmah (Khazanah Pengetahuan).
Ø  Kemuncak kegiatan keilmuan berlaku pada zaman al-Ma’mun Harun al-Rasyid (813-833M). Beliau mengambil inisiatif membesarkan institusi Khizanah al-Hikmah menjadi pusat kegiatan intelektual terunggul di dunia yang dikenali sebagai Bayt al-Hikmah (Rumah Pengetahuan).

2.    Penterjemahan
Ø  Kegiatan penterjemahan secara bersistematik karya klasik Yunani, Parsi dan India bermula pada zaman pemerintahan al-Ma’mun.
Ø  Lahir ramai ulama terkenal di seluruh pelusuk wilayah kekuasaan Islam.
Ø  Kegiatan penulisan dan penyusunan kitab hadis, fiqh dan tafsir al-Quran giat dijalankan.
Ø  Kesan daripada terjemahan karya sainstifik Yunani ke bahasa Arab membolehkan para sarjana Islam mempelajari ilmu-ilmu sains sebelum Islam.

3.    Ekonomi dan Kewangan
Ø  Bidang ekonomi dapat dilihat melalui peranan baitulmal. Fungsinya adalah untuk menjaga khazanah negara dan mengagihkannya mengikut keperluan negara dapat diselenggarakan dengan berkesan.
Ø  Sumber-sumber ekonomi seperti pertanian dan perdagangan berkembang pesat.
Ø  Cukai tanah merupakan sumber kewangan khususnya dari golongan non-muslim (dhimmi).
Ø  Antara sumber kewangan lain diperolehi menerusi zakat, cukai pendapatan, cukai perlombongan, cukai ternakan, cukai kastam, cukai garam, cukai ikan, cukai barang perdagangan, cukai kilang, cukai barang mewah, cukai import dan sebagainya.

4.    Politik dan Pemerintahan
Ø  Kelahiran fahaman politik mulai wujud.
Ø  Kerajaan menyediakan angkatan perang yang mantap bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman musuh sama ada dari luar atau dalam.
Ø  Organisasi kehakiman merupakan satu organisasi yang kukuh dan mempunyai peranan besar pada masa itu.

5.    Kemunculan Mazhab
Ø  Muncul golongan mujtahid (ulama Islam yang melakukan ijtihad dalam usaha menentukan hukum bagi sesuatu masalah yang timbul dalam masyarakat). Mereka terdiri daripada ahli Qias atau ahli Hadis.
Ø  Ahli Qias ialah golongan yang menggunakan fikiran atau qias untuk menetapkan sesuatu hukum.
Ø  Ahli Hadis golongan yang mengeluarkan hukum daripada Hadis.
Ø  Muncul pelbagai mazhab termasuk mazhab Hanafiyah, Malikiyah, Shafiiyah dan Hanbaliyah.
Ø  Perbezaan pendapat dalam mazhab tidak membawa kepada perpecahan kerana perbezaan fahaman atau pendapat berlaku pada perbezaan perkara cabang (furu’) dan bukan perkara asas dalam Islam.

3.0 KEJATUHAN KERAJAAN BANI ABBASIYYAH
1.    Kelemahan Pemerintah
Ø  Al Wasiq tidak melakukan sebarang pembaharuan.
Ø  Beliau hanya bergantung kepada pegawai Turki untuk mentadbir negara.
Ø  Setelah pengaruh Turki dan Parsi masuk campur, beliau cuba mengembalikan kegemilangan tetapi tidak berjaya.

2.    Perpecahan Wilayah
Ø  Akhir kurun ke 9M, kuasa khalifah semakin terbatas kerana banyak jawatan penting disandang oleh bangsa Turki dan Parsi.
Ø  Mereka mula membentuk kerajaan dan pengaruh sendiri.

3.    Perebutan Kuasa
Ø  Perebutan kuasa khalifah di antara putera-putera Al Mutawakil mengakibatkan kelemahan pentadbiran.

4.    Kegawatan Ekonomi
Ø  Pada akhir zaman Abbasiyyah, rusuhan dan pemberontakan selalu berlaku.
Ø  Pedagang tidak lagi ke Baghdad menyebabkan dana yang terkumpul di Baitulmal semakin merosot.

5.    Masalah Kewangan Negara
Ø  Urusan pembiayaan yang dikeluarkan untuk ketenteraan terlalu besar.

4.0 KESIMPULAN
Ø  Kerajaan Bani Abbasiyyah menjadi era kemuncak kegemilangan tamadun Islam di Asia Barat.
Ø  Sikap toleransi antara kaum menjadikan kerajaan ini mendapat sokongan yang padu daripada rakyat jelata.
Ø  Walaubagaimanapun, khalifah-khalifah yang terkemudian leka dengan kemewahan.
Ø  Tanpa diduga, Baghdad menghadapi serangan Mongol dalam keadaan masyarakat Islam tidak bersedia.
Ø  Kebanyakan tamadun Islam yang telah dibina sekian lama turut dimusnahkan oleh tentera Mongol.


Wallahu a'lam.
(Education Purpose)

Oh My Account!

Oh My Account!
Bukan akaun bank ye ^_^
Itu takyah cakap laa
Memang olwez OMG hahha

Akaun disini ialah Perakaunan
Siapa sangka suatu ketika dahulu
Subjek ini adalah subjek yang paling aku benci
Sampaikan kelas pun aku ponteng
Apatah lagi kelas tambahan -_-
Sanggup memilih berjalan daripada kelas
Mak aiihh!
Teruknya perangai..
Sampaikan kena panggil dengan warden wehh sebab ponteng kelas tambahan
Hahahha *_*

But now,
Subjek yang paling tak suka ini jugalah
Yang perlu aku kuasai
Yang perlu aku jadikan subjek kegemaran
Yang perlu aku tahu setiap selok belok
Yang perlu aku aplikasikan dalam pekerjaan aku
Semoga perjalanan aku dalam akaun membuahkan hasil
Dan dapat menggunakan ilmu yang dipelajari sebaiknya
Inshaa Allah ^_^

Mr. Chipsmore

Pernah satu ketika, this one guy
Even aku tak cite pasal aku tapi dia boleh tahu likes everything..
Seram pun ade meh!
Bila aku tanya mana tahu, dia boleh cakap semua maklumat hujung jari je lanie
Dush!
Bukan itu jawapan yang aku nak.. Grrr ~

Agak curious jugak la macam mana dia boleh tahu sedangkan time tue aku just guna nama panggilan fyda je kot!
Teringat lak sir shamsul yg bagi nama tue disebabkan dalam kelas ada 4 orang nama ain tidak termasuk aku.. Femes jugak la nama ain ni yee hahha
Back to the story, tanya punya tanya dia takmau bagitahu
Dah la dia nie kejap muncul kejap hilang.. Last last aku save chipsmore.. Padan muka!
Sape suh tenggelam timbul kan, naseb tak letak sabut.. Eh ape kaitan? Hmm

One day, takde angin takde ribut tetiba dia tanya siapa wafi?
Okay dah tahu!
Sebab hanya satu tempat je aku ade story mory orang nama wafi ni
Actually budak haha
Anak buah 'membe'
Dah nak masuk sekolah menengah ke ape budak tu, lama dah takjumpanya

So then aku dapat tahu mana maklumat dia dapat
Yess!
Nak sorok sangat kan, last last kantoii jugak hahha ^_^

Sebenarnya bukan setakat itu sahaja yang kantoi
Ada lagi perkara yang sangat mengejutkan
Dua tiga hari sebelum kantoi tue pun aku dah rasa lain macam
Macam ada something yang dia sorokkan
Jeng! Jeng! Jeng!

Memang tepat jangkaan aku!
Dia dah kahwin wehh!
Laki orang bhai!!
Hampeh betul?!
Bini dia reply message
Really calm and steady
Rupanya dah banyak kali laki dia buat hal sebelum ni
No wonder la dia tenang giler handle situasi

Before wife dia reply message tu ...
Aku saja la kekonon kata busy kt dia
Contact balik after one week
I need to focus on something
Something yang tak wujud pun sebenarnya

Tepat tepat after one week, dia message aku
Dia cakap dah cukup seminggu
Dah boleh contact la kan??
*lebih kurang gitu la ayat nya, aku lupa dahh*

Aku macam .... ?!
Dia ni takde rasa bersalah langsung ke ape dengan wife dia
Sanggup tipu cakap single pulak tu!
Aku terus je cakap
Sorry la, kalau tahu laki orang haritu takde nak message berkenalan
Lama beb dia diam then baru reply minta maaf..

Nasib baik la aku dapat tahu awal,
Aku taknak jadi peruntuh rumahtangga orang wehh!!
Even dia message afterwards pun aku tak reply
Dah banyak sangat message dia tu, terus aku block
Senang! HAHAHA



Update thru hp

Yuhuuu
Arini saje nk mengupdate guna fon
Tak pernah try kan ^_^
Mana la tau lpas ni bole ari ari duk update
Nak tunggu bukak blog kt toshy tue mmg ke laut ler blog ni nanti hahha =p

Semenjak jadi student balik ni
Rupa nye same je perangai dari duk belajar dulu
Suka sangat tangguh keje
Pastu mula la kalut
Padahal sekarang nie lagi la berdouble double keje nye
Mana tidak
Dengan assignment nye la
Dengan kerja nye la
Sabaq je laaa naaaa ^_^

long time no see

selalu sangat lupa pada si blog nie
hahahha \(^o^)/
ini pun sudah bape bulan tak update pape kt blog nie haa
haish! (^_^)'

takde ape perubahan pun setakat ni
still mencintai pada orang yg sama
eh eh hahha =P

nanti la bukak topik baru
syok sikit kan nk story mory hahaha

Bukan yang pertama

Bukan yang Pertama
(dah diubah versi nya yeee) ^_^

Kau bukan yang pertama
Bukan juga kedua
Kau hanya yang terkini
Terakhir dan selamanya

Tunggu dengar dahulu
Jangan begitu dan berlalu
Mungkin kau juga tahu
Cerita dulu tentang diriku

Namun itu ceritaku
Sewaktu hati bagai batu
Kamu juga pasti ada kisahmu dulu
Yang dah lalu biar berlalu
Tak perlu paranoid gadis lelaki

*Ulang R1 (2x)

Jangan menilai dulu
Jangan terburu, beri waktu
Biar ku jadikanmu
Satunya ratu raja dalam hidupku

Kerna kini, ku tak mahu
Menyakiti dan disakiti
Kamu juga pasti ada kisahmu dulu
Yang dah lalu biar berlalu
Tak perlu paranoid gadis lelaki

*Ulang R1 (2x)

Nananana nana
Ku bukan sempurna
Nananana nana
Kau pun juga sama
Ku bukan Romeo Juliet
Kaun bukan Juliet Romeo
We go

Oh oh no no
Kau bukan pertama
Oh oh no no
Bukan yang kedua
Ah ah ye ye
Kamu yang terkini
Terakhir dan selamanya

*Ulang R1 (2x)






#partner
#dinXain
#xoxo

Family Day-Bachok

Family day untuk kali kedua
Setelah hampir 3 tahun, baru kumpul ramai ramai macam nie lagi
Walaupun tak cukup satu family di atas sebab yang tidak dapat dielakkan
Mana tak nya Ayah Su & keluarga dah duk di Sarawak memang susahlah nak balik Semenanjung hehe *_* (dimaafkan)

Tak pasal pasal Ayah San bagi cuti awal sebabnya balik kampung
Yeeehhhhaaaa \^_^/
Boleh balik awal hahaha
Memang awal pun cabut! Rabu malam dah balik bhahaha =P
Hari khamis ade majlis tahlil
Kononnya aku nak la ke rumah Makdik, tolong ape yang patut
Aku plak banyak keja nya.. Haish! -_-
Maaf yaaa! Sob sob ='(

Family day start ari jumaat lagi, tp disebabkan kami p hantaq Mat6 & wife ke airport makanya kami lambat la sikit join hehehe

Minum minum la dulu sebelum masuk hehehe
Kami nie tukang hantar je....
Lame dah aiiihhh taknaik flight.. hmmm -_-


Lepas dyorg dah naik, baru la kami pegi join family day hehehehe
Sampai sampai dah nak siap dah masak, tnggu nak ngappp je hahahha ^_^
Pandai tak kami bajet masa?? hahha
Aku sambung mana yang boleh dibantu je la, biasa la bila dah jadi antara sepupu sepupu yang besar dah nie takperlu sangat dah buat keje hahahahha *_*
Bagi yang sedang membesar plak buat keje haha
Dulu aku, sekarang korang la plak kann =P


Moh ler kita ushar gambar!

 (randomly pick sbb nye tak tahu nak pilih yg mana)
Maaf laa kalu yg takde tue yee =)


Sebelum balik bergambo dgn Bambam nie dulu hehehe *_*

Alololo Alisya merajuk la plakk..
Mohh ler masuk gambo.. Auummm

Pantang diajak selpie Alisya nihh
Jom slalu hahha ^o^ 

Tengah malam pun sempat lagi amek gambo
Mana yg takde tuh sudah masuk tidur bhaa..
Mana la tak nya, dah kul 12 lebih..

zzZZzz 

Versi pagi nye
Lagi jelas gambo drpd smlm
Tapi... hmmm -_-'
Aku takde.. Fine!!

 

Udah udah ler tue
Dah tak mau balik ka??


Maka
Berakhir la Family Day Salleh
Harap tak serik la utk buat lagi
See yaa!

~240317~





^_^

Cinta
Apakah masih wujud perkataan "cinta" dalam kamus hidup aku?
Adakah aku yang terlalu memilih?
Tidak pula aku meletakkan syarat tertentu.
Mungkin masih belum tiba masanya.

Tipulah jika aku katakan aku tidak pernah merasa cemburu melihat mereka yang berpasangan,
Cemburu itu pasti ada walaupun sedikit.
Cemburu itu datang dan membuatkan aku terfikir sejenak, kenapa aku cemburu?
Mungkin aku juga mahukan seseorang yang sedemikian?
Tidak sama pun, lebih kurang pun jadilah kan.
Kalau dulu mungkin aku melihat kepada rupa paras (zaman tak matang),
Tapi sekarang, bagi aku rupa paras itu hanyalah satu bonus.
Tetibe teringat plak kawan aku pernah cakap "orang hensem untuk orang cantik"
Sesuka hati dia aje hahaha ^_^


BFF's Wedding..

Amboii
lepas sorang sorang kan BFF aku nie nikah  💑
Aku jgk la duk menunggu lg nie hehehe ^_^

Btw...
Tahniah my BFF!
➤ Smoga berbhagia & berkekalan ke akhir hayat dgn psgn masing2 ❤
➤ Jadi seorg isteri/suami yg baik kpd psgn masing2 👫


Cqah & Yat 💕
031216

Walaupun hujan tetap jugak gagah pegi mjlis hampa tau hehe ^^
xsempat nk tgk korg jln bwh pedang, lgpon ramai sgt org pn haha
tgk dlm gmbr pon jd laa kann...
Mgkin sbb aku nie smpai awl la kot,
elok smpai duk tgh pengantin laki duk 'tolak' air dpn umah
'Eh yat! xbersiap lg ka?? kul wape mjlis ni? hahaha x_x"
ape2 pn! Jaga cqah leklok naaa!






Razif & Diana 💕
070117

Kalu diikutkan tmpt kawen korg ni dkt sgt2 la dgn aku nie
Kajang - Bangi (trsgt dekat kot!)
Tp perjalanan yg sdekat itu pon aku leh smpai lg 10 mnt mjlis nk habis hahaha *_*
Itu pn nseb baik la smpai jgk
Gagah kn jgk la utk smpai ke mjlis hihi
Seb baik la ade lg mknan
Kalu tak kami ltak je adiah trus gerak je
Itu pn untung kalu kalu ltak adiah tau!
Kalu dh lwt sgt, mang mlm tue aku ckp kt Dayah
kite pos aje la adiah nye hahahahahhaha ^_^

Konon nye nk pegi sesame ngn Bien
Skali hambek kau!
Dgn dua2 xthu nth ke mne2 je
Duk ulang alik jln yg same
Pengajaran nye kt sni
"Kalu xthu jln better jmpe trus je kt mjlis.. Bkn nye xleh together gether pn kan kt mjlis"
Hampeh tol!
Tp xpe la, jnji smpai ke mjlis ko kan Jib!
Skurang2 nye ade la ckit pnglman nye
bole la nk bercerite bile dh tua nnt haha










Trip Langkawi 1

ckit punye lame nie baru nyempat nk update
dah berhabuk agk nyee haha ^_^
malas nk cite pnjg2, biar lah gmbr yg berbicara kikiki =)

D1_270116

sampai di stesen bas Kuala Perlis dlm kul 8pg
dekat aje ngn jeti, boleh jalan kaki
kalu tak tahu yg mane jeti, smpai je kt stesen bas tue cari bngunan yg kaler pink, jeti berhdapan ngn bngunan tue, for sure korang akan jmpe jeti :)

disebabkan terlupa nak amek gmbr feri, gmbar feri yg nie pon jadi laaa haha
bantal tue bkn aku punye k! =P

check in kat Motel Seri Mutiara
tido dlu la smentra mnunggu yg lain ^_^

bilik dy okay kalu utk group la
utk family tak sesuai kot!

D2_280116
Mlm tue juz pegi mkn at pasar mlm n sleep jerr lerr..
Ready for tomorrow activity..
Can't wait! \^_^/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

biG faMiLy

biG faMiLy
"TOGETHER WE MAKE A FAMILY"
Copyright© All Rights Reserved Sufiabid.blogspot.com