jika..?!

jika aku sedang menangis
adakah engkau tahu?
jika aku sedang berperang dengan perasaan
adakah engkau perasan?
jika aku sedang menahan kesakitan
adakah engkau akan kasihani aku?
jika dan jika...
jika?!
jika aku yang kau sayang
kenapa mesti aku menangis kerana engkau?
jika aku yang kau inginkan
kenapa mesti aku menahan perasaan dihadapanmu?
jika aku yang kau cinta
kenapa mesti aku menahan kesakitan yang berpunca darimu?

jika aku persoalkan ini dihadapanmu pasti aku yang akan menangis kembali..
pasti aku akan menunding jari kearah aku kembali..
sungguh sukar untuk aku meluahkan agar engkau mengerti..
sukar untuk aku menjaga semua hati..
hati seorang kekasih..
hati seorang sahabat..
hati seorang yang mempercayai aku..
malah hati aku sendiri..

jika ini yang akan aku lalui, aku redha dengan ketentuannya..
tapi andai aku sudah tidak larat dalam menerajui pancaroba ini aku lebih rela pergi tak kembali dari berpisah denganmu wahai sayangku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

biG faMiLy

biG faMiLy
"TOGETHER WE MAKE A FAMILY"
Copyright© All Rights Reserved Sufiabid.blogspot.com