aku ke??

haha (**,)
today was my incredible day..
mne x nyer,, owg pleng mls msak la kate kn masak utk owg t'syg..hoho \(*o*)/
agak2 ape komen dy..huhu =_='
gementar nih..
menu utama arinie adalah TOMYAM!!
sbb nyer kegemaran dy..hehe ^_^

pasti ada..!!


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. .... .. ..

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. .... .. ..

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. .... .. ..

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda..... .. ..

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur..... .. ..

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang..... .. ..

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..... .. ..

8. Anda seorang yang istimewa dan unik..... .. ..

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda..... .. ..

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya..... .. ..

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka..... .. ..

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya..... .. ..

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela..... .. ..

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya..... .. ..

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga..... .. ..


jika..?!

jika aku sedang menangis
adakah engkau tahu?
jika aku sedang berperang dengan perasaan
adakah engkau perasan?
jika aku sedang menahan kesakitan
adakah engkau akan kasihani aku?
jika dan jika...
jika?!
jika aku yang kau sayang
kenapa mesti aku menangis kerana engkau?
jika aku yang kau inginkan
kenapa mesti aku menahan perasaan dihadapanmu?
jika aku yang kau cinta
kenapa mesti aku menahan kesakitan yang berpunca darimu?

jika aku persoalkan ini dihadapanmu pasti aku yang akan menangis kembali..
pasti aku akan menunding jari kearah aku kembali..
sungguh sukar untuk aku meluahkan agar engkau mengerti..
sukar untuk aku menjaga semua hati..
hati seorang kekasih..
hati seorang sahabat..
hati seorang yang mempercayai aku..
malah hati aku sendiri..

jika ini yang akan aku lalui, aku redha dengan ketentuannya..
tapi andai aku sudah tidak larat dalam menerajui pancaroba ini aku lebih rela pergi tak kembali dari berpisah denganmu wahai sayangku..

renaissance

15 julai
langkah berhenti di sebuah hotel
walaupun tidak jauh dari kediaman
namun ianya tetap sebuah hotel dalam kepesatan kota
bersama bersama keluarga tercinta
beserta rakan2 mereka bercuti bersama
meluangkan masa
berkongsi ketawa kegirangan...

seusai mengisi perut yg duk bernyanyi dr tadi
konon mahu memanas otot bermain bowling
tp tiada rezeki kalih
sudah lewat hampir masuk waktu yg harus ditunaikan..

semua tentang kita

SEMUA TENTANG KITA


Waktu terasa semakin berlalu
tinggalkan cerita tentang kita Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapus semua sepi di hati


Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

home sweet home

keluarga adalah yg terpenting krn walau berbagai masalah yg menimpa akhirnya keluarga jua yg pasti menolong..
jauh perjalanan luas pandangan.. ke mana sahaja kaki melangkah demi mencari erti hidup namun akhirnya ke pangkuan keluarga jua kembalinya..

my family..

ruzuki salleh a.k.a bos
muka je nmpak garang tp jrg marah..
jgn smpai dy nek angen sudah..hik3
kje sbg kerani bank..
xlme da nk pencen..
lahir pd 23 dis 1959

ainon adnan a.k.a org kuat bos
ibu mne la xsuke membebel kn..
tp kalu xdgr dy membebel rse len mcm plak..he3
kje pom mcm bos la jgk.. kn owg kuat bos..kih3
lahir pd 21 feb 1962

nur rafedatul ain ruzuki (aq la tuh)
skang ni blaja kt UUM (kaunsling)
ntah bole jd kaunselor berjaya ke x..hak3
aq pom t'kjot gk leyh msok U nie pdhal aq bkn la antre gol. cerdik pandai g2..
tp alhamdulillah,
pnye la pulun time f6 akhirnye membuahkn hasil..
kalu la dr dlu aq pulun..huk3
ape2 pom smoga aq bole jd kaunselor..

muhammad ruznan ruzuki a.k.a nan
otw jd cikgu (cikgu b.i)
bile blaja maktab nie sah2 dpt jd cikgu
sng xpyh nk pk sal kje nnt.. kua2 da ade kje..
untung la..he3
dy nie agk degil owg nyer,, bile nk tuh mzt nk ugk cmne skalipom..
lahir pd 20 feb 1991

muhammad ruznizam ruzuki a.k.a nije
blaja kt uitm, machang
jelez giler sbb dy dapat U yg dkt ngn umah..hu3
xaci la.. tp da itu rzeki dy kn..
dy nie kdg2 keras kpala gk, tp jnis xkisah.. jalan..ha3
lahir pd 9 sep 1993

muhammad ruziman ruzuki a.k.a meme
hk pleng bongsu n pleng manje..ha3
ckit2 je mula la nk ngalir air mata tuh..
bru darjah 6..
harapan tinggi mama nieyh..
smoga berjye membanggakan keluarga..
lahir pd 13 dis 1999

walaupom byk karenah msing2 tp ini la kluarga yg aq sayang..
walau bergadoh bsar mne skalipom
air yg dicincang tidak akan putus..
slmenye akan kekal bgitu..

AndAi LeLaki tAhu....

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

biG faMiLy

biG faMiLy
"TOGETHER WE MAKE A FAMILY"
Copyright© All Rights Reserved Sufiabid.blogspot.com