Persahabatan atau Percintaan

Siapa yang pernah berada di dalam keadaan yang mana perlu memilih di antara persahabatan atau percintaan?

Dilema dalam memilih orang yang kita sudah kenal dari kecil mungkin dari sekolah rendah lagi dengan seseorang yang baru kita jumpa yang baru kenal beberapa bulan?

Pasti sangat sukar kerana kesemuanya melibatkan segala macam perkara

Baik dari segi emosi, perasaan, tanggungjawab, silaturrahim dan sebagainya

Namun demikian,
pilihan tetap jua harus dilakukan walaupun terpaksa melukakan salah satu pihak atau mungkin pilihan yang dapat menyenangkan kesemua pihak

Suatu ketika dahulu, aku jua pernah berada di dalam situasi yang mana aku perlu memilih di antara persahabatan yang mana telah aku kenali sejak hampir 14 tahun dengan seseorang yang aku kenali tidak hampir 3 tahun

Oleh kerana pada ketika itu aku dikaburi oleh janji-janji manis sehingga aku sanggup membelakangi sahabat yang betul-betul mahu membantu aku, akhirnya aku memilih orang yg aku baru kenali yang kemudiannya aku ditikam kembali oleh janji-janjinya

Akhirnya aku kehilangan semuanya

Walaupun sahabat itu masih belum sepenuhnya hilang dari radar, namun perhubungan itu tidak lagi seakrab dulu

Walaupun masih bertegur sapa tetapi semua hanya di media sosial, bukan bersua bertemu mata

Namun aku tetap bersyukur kerana kami masih lagi boleh berbual walau hanya secara 'online' bukan secara 'offline'

Terima kasih kerana masih menganggap aku sebagai kawan walau dengan apa yang telah terjadi sehingga dipulaukan oleh kawan-kawan yang lain

To be continue ...

To be continue ...

Kebiasaannya ayat 'to be continue' ni akan keluar bila dekat part last sekali

terutama sekali dalam cerita One Piece

ohhh damn! kena tunggu lagi seminggu ke?

cerita tak sampai setengah jam tapi kena tunggu seminggu weh untuk episod baru

menangis tepi bucu katil sob sob



back to story

kat atas tu selingan je

biasalah kalau nak menaip ni kita nak story mory bab lain, tapi pasti wajib akan ada melencong ke mana mana ahaks!

tetiba teringat, tercari, terjumpa balik blog ni

macam nak share share lak kan dalam ni kihkih

kalau terbaca kisah-kisah yang lama tu, yg lama tu biarlah utk jadi kenangan je

yg penting kehidupan sekarang dan mendatang

bak kata siapa dah lupa nama nya dekat tiktok tu

'benda nak buat macam mana, dah post.. layan je la'

macam lain je ayat dia, tapi ahh lebih kurang sama la tu

banyak lagi ayat lain yg aku nak kena ingat hahha =P


Apa-apa pun welcome back to this blog!

Nantikan story mory akan datang, kalau rasa taknak nantikan pun takpe

iolss is okay jer!

Okay la TO BE CONTINUE ~

hahaha (gelak dalam nada jahat!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

biG faMiLy

biG faMiLy
"TOGETHER WE MAKE A FAMILY"
Copyright© All Rights Reserved Sufiabid.blogspot.com