CTU : Analisis Ayat 4

CTU : Analisis Ayat 4
Kepentingan Menuntut Ilmu Dalam Islam


Orang yang menuntut ilmu akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah dan mendapat ganjaran syurga diakhirat. Dengan berilmu darjat seseorang yang beriman diangkat oleh Allah. Dengan adanya ilmu, bukan sahaja dapat membantu kita untuk membezakan perkara yang baik dan buruk serta dapat membantu kita untuk memahami dan melaksanakan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Selain itu, hati juga akan turut tenang dan tenteram kerana dengan berilmu kita dapat mengharungi segala cabaran dan dugaan yang ditimpa tanpa menyalahkan mana-mana pihak kerana kita percaya dengan qada’ dan qadar yang telah ditentukan kepada kita.

Para nabi tidak mewariskan sebarang harta benda kepada umatNya sebaliknya para nabi mewariskan ilmu pengetahuan sehinggakan orang yang memiliki ilmu pengetahuan selalu dalam perlindungan Allah melalui para malaikatnya dan seluruh makhluk di langit dan di bumi meminta ampun kepada orang yg berilmu tersebut. Sebagaimana Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud ;

Dari Abu Darda’ ra, ia berkata, saya mendengar Rasulullah Saw. bersabda: “Barang siapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Dan sesungguhnya malaikat membentangkan sayapnya untuk orang-orang yang menuntut ilmu karena ia puas dengan apa yang diperbuatnya. Penghuni langit dan bumi sampai ikan dilautan memintakan ampun kepada orang yang pandai. Kelebihan orang ‘âlimterhadap orang ‘âbid (orang ahli ibadah tapi tidak ‘âlim), bagaikan kelebihan bulan purnama terhadap bintang-bintang yang lain. Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi para Nabi mewariskan ilmu pengetahuan. Maka barang siapa mengambil (menuntut) ilmu, maka ia telah mengambil bagian yang sempurna.” (H.R. Abu Daud dan at-Tirmidzi)


Wallahu a'lam.
(Education Purpose)

CTU : Analisis Ayat 3

CTU : Analisis Ayat 3
Kepentingan Menuntut Ilmu Dalam Islam

Di dalam Islam, menuntut ilmu adalah diwajibkan ke atas setiap umat muslim tanpa mengira jantina sama ada lelaki mahupun perempuan. Seseorang muslim dapat memelihara akalnya dengan ilmu. Oleh sebab itu, dalam Islam menuntut ilmu adalah merupakan amalan fardhu dan mulia bagi setiap muslim. Hal ini selaras dengan sabda junjungan Rasulullah saw, yang bermaksud ;

“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Di dalam hadis ini, Rasulullah saw dengan tegas menyatakan bahawa menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim bukan hanya sebahagian muslim sahaja. Kita tidak diwajibkan untuk mempelajari semua cabang ilmu. Kita wajib mempelajari sebahagian daripada ilmu agama yang berkaitan dengan ibadah dan muamalah sehingga membolehkan kita beribadah kepada Allah dengan benar, serta ilmu aqidah dan tauhid sehingga menjadikan kita umat islam yang beraqidah dan mentauhidkan Allah dengan benar dan selamat daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah. Ilmu penting dalam kehidupan seharian kita kerana dengan mempunyai ilmu pengetahuan kita dapat memperbaiki kehidupan yang sedia ada untuk menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya.

Menurut kitab Al-Furuq dan "Tahzib al-Furuq" bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya-'Ulumuddin" dan Imam Asy-Syafi'i dalam kitabnya "Ar-Risalah" menerangkan;  Bahawa telah sekata alim ulama, tidak harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia mengetahui lebih dahulu hukum-hukum Allah mengenai perkara yang hendak dilakukannya itu; - orang yang hendak berjual beli wajib mempelajari hukum Allah mengenainya dan orang yang hendak menyewa,  memberi sewa,  mengupah dan mengambil upah wajib mempelajari hukum Allah mengenainya. Demikian juga orang yang hendak sembahyang wajib mempelajari hukum Allah mengenal sembahyang. Demikian seterusnya segala perkataan yang hendak dikatakan dan segala amal yang hendak dikerjakan. Maka sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah tentu ia telah mentaati Allah dengan dua taat dan sesiapa yang tidak mengetahui dan tidak pula beramal, sudah tentu ta telah menderhaka kepada Allah dengan dua kederhakaan; dan sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan tidak beramal mengikutNya, maka ia telah mentaati Allah dengan satu taat dan menderhaka kepadaNya dengan satu kederhakaan.

Wallahu a'lam.
(Education Purpose)

CTU : Analisis Ayat 2

CTU : Analisis Ayat 2
Kepentingan Menuntut Ilmu Dalam Islam


Dalam mana-mana tamadun sekalipun, belum ada yang menafikan tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan. Rasulullah saw menyarankan manusia untuk mencari ilmu kerana manusia dilahirkan dengan tidak memiliki ilmu.

Firman Allah dalam surah An Nahl; Ayat 78 yang bermaksud ;

“ Sesungguhnya Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu (bayi) dalam keadaan tidak mengetahui apa pun, kemudian Dia melengkapkan kamu alat pendengaran, penglihatan dan hati semoga kamu bersyukur.”

Manusia dilahirkan tanpa ilmu dan sedikit sahaja ilmu yang dimiliki. Disebabkan itu, kita dituntut untuk menuntut ilmu dan sekiranya mempunyai perkara yang diragui atau tidak diketahui haruslah bertanyakan kepada mereka yang lebih mengetahui mengenai sesuatu perkara, yang boleh dijadikan contoh dan teladan.

Baik anak lelaki mahupun anak perempuan haruslah diberikan pendedahan dengan ilmu pengetahuan dan dididik sejak kecil untuk membiasakan diri dengan menyintai ilmu dan mencari ilmu walaupun terpaksa berkorban contohnya mengorbankan masa, harta benda atau berhijrah meninggalkan kampung halaman untuk mencari ilmu. Kita bukan sahaja diminta untuk menuntut ilmu fardhu ain, malah fardhu kifayah juga turut ditekankan contohnya ilmu bersukan, berperang serta bahasa asing. Hal ini adalah supaya kita dapat mengenali budaya bangsa lain dan  mengelakkan kita daripada ditipu oleh bangsa lain.

Mengikut sejarah permulaan kerajaan islam di Madinah, Rasullullah saw menyuruh Zaid bin Thabit untuk mempelajari bahasa yahudi dan baginda sendiri telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada sahabat ke satu tempat yang terkenal dengan industri senjata untuk mereka mempelajarinya.

Wallahu a'lam.

(Education Purpose)

CTU : Analisis Ayat 1

CTU : Analisi Ayat 1
Ayat Al-Quran yang Berkaitan dengan Tamadun

Antara faktor yang boleh menjadi penyebab kepada berlakunya kemerosotan sesebuah tamadun ialah malapetaka atau bencana alam yang berlaku sehingga menyebabkan kerosakan secara besar-besaran. Contohnya, keruntuhan kerajaan Saba' yang merupakan negeri yang makmur dan diberikan nikmat, namun mereka ingkar terhadap Allah maka diturunkan bala kepada mereka sehingga mengalami keruntuhan.


Surah Saba' Ayat 15 & 16

لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ ۖ جَنَّتَانِ عَنْ يَمِينٍ وَشِمَالٍ ۖ كُلُوا مِنْ رِزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ ۚ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ
15. Sesungguhnya bagi kaum Saba' ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): "Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun".

فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُمْ بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِنْ سِدْرٍ قَلِيلٍ
16. Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr.

Wallahu a'lam.
(Education Purpose)

CTU : Zaman Bani Abbasiyyah



ZAMAN PERTENGAHAN
KERAJAAN BANI ABBASIYYAH
(750 – 1258M)

1.0 PENGENALAN
Pembentukan Kerajaan Bani Abbasiyyah (750-1258M)
Ø  Diasaskan oleh Abdullah Bin Muhammad Bin Ali Bin Abdullah Bin Al-Abbas pada tahun 750M.
Ø  Berpusat di Baghdad, Iraq.
Ø  Terdapat 37 orang khalifah sepanjang tempoh pemerintahan yang berlangsung selama 524 tahun.
Ø  Zaman kegemilangan (sewaktu pemerintahan) :-
o   Khalifah Abu Jaafar al-Mansur
o   Khalifah Harun al-Rasyid
o   Khalifah al-Makmun
Ø  Berakhir pemerintahan pada tahun 1258M apabila Baghdad ditakluki oleh tentera Mongol yang diketuai oleh Hulagu Khan.

Gerakan Bani Abbasiyyah
Ø  Kerajaan Bani Abbasiyyah diasaskan pada tahun 750M setelah Gerakan atau Revolusi Abbasiyyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umayyah.
Ø  Gerakan ini ditaja oleh Ali Bin Abdullah dan bergerak secara sulit.
Ø  Gerakan ini lebih terbuka bermula pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.
Ø  Mereka meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad saw) untuk mendapat sokongan.
Ø  Mereka telah menjadikan Khurasan, Kufah, dan Humaimah sebagai pusat operasi menentang kerajaan Bani Umayyah.
Ø  Gerakan ini dikukuhkan oleh Abu Salama al-Khallal di Kufah.
Ø  Abu Muslim al-Khurasani menjadi ketua di Khurasan.

Cara perlantikkan Khalifah dalam kerajaan Bani Abbasiyyah
Ø  Cara perlantikkan khalifah di dalam Kerajaan Bani Abbasiyah adalah sama seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Bani Umaiyah iaitu menentukan sendiri bakal khalifah sebelum wafatnya
o   Abu al-Abbas al-Saffah melantik gantinya Abu Jaafar al-Mansor sebagai bakal khalifah manakala gantinya ialah anak saudaranya Isa bin Musa bin Muhammad bin Ali.
o   Khalifah Harun al-Rasyid pula melantik ketiga-tiga orang anaknya menjadi Khalifah atas nasihat para pembesarnya iaitu al-Amin, al-Makmun dan al-Mu'tasim. Kemudian berlaku perebutan kuasa yang berakhir dengan kemenangan kepada al-Makmun.
o   Al-Makmun kemudian melantik pula saudaranya al-Mu'tasim. Al-Mu'tasim melantik anaknya al-Wathiq. Al-Wathiq meninggal dunia tanpa melantik bakal khalifah. Pembesar-pembesar negara melantik gantinya al-Mutawakkil.
o   Al-Mutawakkil kemudiannya mengikut jejak langkah datuknya, Harun al-Rasyid dengan melantik tiga orang anaknya ganti khalifah iaitu Muhammad Muntasir Billah, Muhammad al-Mu'taz Billah dan Ibrahim al-Muayyad Billah. Kemudian diakhir pemerintahannya ia membatalkan perlantikan Muhammad al-Muntasir Billah kerana dijangka keburukkan akan berlaku sekiranya ia menjawat jawatan khalifah.

Ø  Khalifah kemudian dikuasai oleh pembesar-pembesar bangsa Turki, mereka melantik dan melucutkan siapa yang mereka kehendaki. Setelah Bani Buawaeh menguasai pemerintahan, mereka pula berkuasa dalam perlantikan khalifah. Sehinggalah kerajaan ini dikalahkan oleh tentera Mongol yang dipimpin oleh Hulagu Khan pada tahun 1258M.

Khalifah yang terkenal pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah

1.    Khalifah Abdullah Al Abbas (750 – 754M)
             Riwayat Hidup
Ø  Abu al-Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas.
Ø  Gelaran beliau ialah Abu Abbas As Saffah (Penumpah Darah).
Ø  Beliau dilahirkan pada tahun 104H di Humaimah.
Ø  Beliau dilantik sebagai khalifah pertama pada 13 Rabiulawal 132H / 750M.
Ø  Beliau wafat pada 13 Zulhijjah 136H ketika berusia 33 tahun.
Ø  Beliau memerintah selama 4 tahun 9 bulan.

Jasa-jasa Khalifah Abdullah al-Abbas.
Ø  Mengadakan rumah-rumah api untuk panduan musafir (lampu-lampu jalan raya untuk panduan orang-orang yang berjalan pada malam hari).
Ø  Memperbaharui jalan dan meletakkan batu tanda jarak di antara Mekah dangan Kufah mengikut kiraan Batu Hasyimi.
Ø  Memperkukuhkan angkatan tentera untuk mempertahankan ancaman musuh terutama dari Rom.
Ø  Membuka bandar baru di Iraq yang dinamakan Bandar Hasyimiah.
  
2.    Khalifah Abu Jaafar al-Mansur (754 - 775M)
             Riwayat Hidup
Ø  Abu Jaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas.
Ø  Beliau adalah saudara Abu Abbas.
Ø  Beliau dilahirkan pada 101H di Humaimah.
Ø  Beliau berjuang bersama-sama dengan saudaranya Abu Abbas untuk menegakkan daulah Abbasiyah.
Ø  Beliau adalah orang kanan As Saffah semasa menegakkan Kerajaan Bani Abbasiyah.
Ø  Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 136H atas wasiat Abu Abbas ketika berusia 35 tahun.
Ø  Beliau wafat pada tahun 158H di Bikrul Maimun dalam perjalanan untuk mengerjakan haji ketika berusia 57 tahun.
Ø  Beliau memerintah selama 22 tahun dan dianggap sebagai bapa pembangun kerajaan Abbasiyah yang sebenar kerana ditangan beliaulah kerajaan Abbasiyyah berdiri dengan kukuh.
Ø  Beliau berjaya menghapuskan segala anasir yang mengancam kerajaan.
Ø  Beliau memulakan pembangunan negara secara lebih pesat.
Ø  Beliau memulakan gerakan mengkaji ilmu pengetahuan sehingga Kota Baghdad dianggap sebagai pusat pertemuan ilmu pengetahuan dunia.

Jasa-jasa Khalifah Abu Jaafar al-Mansur
Ø  Mendirikan Kota Baghdad di Iraq.
Ø  Membina Istana yang indah.
Ø  Membina sebuah pelabuhan yang besar di Sungai Furat untuk persinggahan kapal-kapal.
Ø  Memajukan perkembangan ilmu pengetahuan, mempergiatkan usaha menterjemah buku-buku pengetahuan ke dalam Bahasa Arab.
Ø  Mendirikan sekolah tinggi iaitu "Baitul Hikmah".
  
3.    Khalifah Harun Ar Rasyid (786 – 809M)
             Riwayat Hidup
Ø  Beliau adalah anak kepada Khalifah Muhammad Al Mahdi.
Ø  Dilahirkan pada tahun 145H, di Raiy.
Ø  Pernah menjadi penglima perang menyerang Rom semasa ayahnya menjadi gebenor di Afrika Utara.
Ø  Mengerjakan Haji sebanyak 9 kali semasa hidupnya.
Ø  Dilantik menjadi Putera Mahkota pada tahun 166H.
Ø  Menjadi Khalifah pada tahun 170H. Ketika itu beliau berusia 25 tahun.
Ø  Wafat pada tahun 193 Hijrah di Tus (Tours).
Ø  Beliau memerintah selama 23 tahun.

Jasa-jasa Khalifah Harun Ar Rasyid
Ø  Menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
Ø  Mendirikan pusat-pusat pengajian rendah dan menengah serta memberi pelajaran dengan percuma.
Ø  Menjemput Para Ulama dan Cendekiawan ke Baghdad untuk mengembangkan ilmu pengetahuan.
Ø  Mengusahakan penterjemahan buku-buku asing ke dalam bahasa arab.
Ø  Menghapuskan musuh-musuh negara dari dalam dan luar negeri untuk menstabilkan negara.
Ø  Menjalinkan hubungan yang baik dengan negara-negara asing.
Ø  Mendirikan Darul Hikmah (Perpustakaan awam).
Ø  Membina tempat meneropong bintang untuk ahli ilmu falak
  
4.    Khalifah al-Makmun Bin Harun al-Rasyid (813 – 833M)
             Riwayat Hidup
Ø  Nama penuh beliau ialah Abdullah Al Makmun bin Harun Al Rashid.
Ø  Beliau adalah merupakan adik kepada Khalifah Muhammad al-Amin.
Ø  Beliau dilahirkan pada tahun 170H iaitu pada hari perlantikan ayahandanya Harun Al Rashid menjadi Khalifah.
Ø  Ibunya bernama Marajel iaitu seorang Jariah bangsa Farsi.
Ø  Pernah menjadi governor di Khurasan semasa Al Amin.
Ø  Dilantik sebagai Khalifah pada tahun 198H, ketika berusia 28 tahun.
Ø  Wafat pada tahun 218H di Tarsus dalam perjalanannya menghadapi satu peperangan dengan Rom. Ketika itu beliau berumur 48 tahun.

Jasa-jasa Khalifah al-Makmun Bin Harun al-Rasyid
Ø  Usaha-usaha menterjemahkan buku-buku asing ke dalam bahasa Arab.
Ø  Mendirikan dua tempat pusat pengkajian angkasa lepas iaitu di Damsyik dan Baghdad.
Ø  Menjemput para cerdik pandai ke Baghdad dan mereka diberi pelbagai hadiah.
Ø  Memperbaiki sistem hospital dan menambah bilangan hospital.
Ø  Mendirikan sekolah dan diberi kemudahan kepada pelajar-pelajar.
Ø  Memperluaskan dan memajukan Darul Hikmah

2.0 SUMBANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYYAH
1.    Pendidikan
Ø  Pemerintah menggalakkan masyarakat menimba ilmu.
Ø  Setiap masjid dilengkapi sekolah dan perpustakaan.
Ø  Golongan penyelidik dan ahli karya dianugerahkan hadiah lumayan.
Ø  Khalifah Abu Jaafar al-Mansur merupakan pelopor kegiatan intelektual. Beliau bertanggungjawab mengasaskan kota Baghdad dan mendirikan kolej perubatan.
Ø  Beliau turut menjemput Jurjis bin Jibril bin Bakhtishu’ pengarah hospital Jundishapur ke Baghdad dan melantik sebagai pengarah kolej perubatan.
Ø  Baghdad menjadi pusat intelektual terunggul pada masa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid (786-809M) yang juga merupakan pengasas Khizanah al-Hikmah (Khazanah Pengetahuan).
Ø  Kemuncak kegiatan keilmuan berlaku pada zaman al-Ma’mun Harun al-Rasyid (813-833M). Beliau mengambil inisiatif membesarkan institusi Khizanah al-Hikmah menjadi pusat kegiatan intelektual terunggul di dunia yang dikenali sebagai Bayt al-Hikmah (Rumah Pengetahuan).

2.    Penterjemahan
Ø  Kegiatan penterjemahan secara bersistematik karya klasik Yunani, Parsi dan India bermula pada zaman pemerintahan al-Ma’mun.
Ø  Lahir ramai ulama terkenal di seluruh pelusuk wilayah kekuasaan Islam.
Ø  Kegiatan penulisan dan penyusunan kitab hadis, fiqh dan tafsir al-Quran giat dijalankan.
Ø  Kesan daripada terjemahan karya sainstifik Yunani ke bahasa Arab membolehkan para sarjana Islam mempelajari ilmu-ilmu sains sebelum Islam.

3.    Ekonomi dan Kewangan
Ø  Bidang ekonomi dapat dilihat melalui peranan baitulmal. Fungsinya adalah untuk menjaga khazanah negara dan mengagihkannya mengikut keperluan negara dapat diselenggarakan dengan berkesan.
Ø  Sumber-sumber ekonomi seperti pertanian dan perdagangan berkembang pesat.
Ø  Cukai tanah merupakan sumber kewangan khususnya dari golongan non-muslim (dhimmi).
Ø  Antara sumber kewangan lain diperolehi menerusi zakat, cukai pendapatan, cukai perlombongan, cukai ternakan, cukai kastam, cukai garam, cukai ikan, cukai barang perdagangan, cukai kilang, cukai barang mewah, cukai import dan sebagainya.

4.    Politik dan Pemerintahan
Ø  Kelahiran fahaman politik mulai wujud.
Ø  Kerajaan menyediakan angkatan perang yang mantap bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman musuh sama ada dari luar atau dalam.
Ø  Organisasi kehakiman merupakan satu organisasi yang kukuh dan mempunyai peranan besar pada masa itu.

5.    Kemunculan Mazhab
Ø  Muncul golongan mujtahid (ulama Islam yang melakukan ijtihad dalam usaha menentukan hukum bagi sesuatu masalah yang timbul dalam masyarakat). Mereka terdiri daripada ahli Qias atau ahli Hadis.
Ø  Ahli Qias ialah golongan yang menggunakan fikiran atau qias untuk menetapkan sesuatu hukum.
Ø  Ahli Hadis golongan yang mengeluarkan hukum daripada Hadis.
Ø  Muncul pelbagai mazhab termasuk mazhab Hanafiyah, Malikiyah, Shafiiyah dan Hanbaliyah.
Ø  Perbezaan pendapat dalam mazhab tidak membawa kepada perpecahan kerana perbezaan fahaman atau pendapat berlaku pada perbezaan perkara cabang (furu’) dan bukan perkara asas dalam Islam.

3.0 KEJATUHAN KERAJAAN BANI ABBASIYYAH
1.    Kelemahan Pemerintah
Ø  Al Wasiq tidak melakukan sebarang pembaharuan.
Ø  Beliau hanya bergantung kepada pegawai Turki untuk mentadbir negara.
Ø  Setelah pengaruh Turki dan Parsi masuk campur, beliau cuba mengembalikan kegemilangan tetapi tidak berjaya.

2.    Perpecahan Wilayah
Ø  Akhir kurun ke 9M, kuasa khalifah semakin terbatas kerana banyak jawatan penting disandang oleh bangsa Turki dan Parsi.
Ø  Mereka mula membentuk kerajaan dan pengaruh sendiri.

3.    Perebutan Kuasa
Ø  Perebutan kuasa khalifah di antara putera-putera Al Mutawakil mengakibatkan kelemahan pentadbiran.

4.    Kegawatan Ekonomi
Ø  Pada akhir zaman Abbasiyyah, rusuhan dan pemberontakan selalu berlaku.
Ø  Pedagang tidak lagi ke Baghdad menyebabkan dana yang terkumpul di Baitulmal semakin merosot.

5.    Masalah Kewangan Negara
Ø  Urusan pembiayaan yang dikeluarkan untuk ketenteraan terlalu besar.

4.0 KESIMPULAN
Ø  Kerajaan Bani Abbasiyyah menjadi era kemuncak kegemilangan tamadun Islam di Asia Barat.
Ø  Sikap toleransi antara kaum menjadikan kerajaan ini mendapat sokongan yang padu daripada rakyat jelata.
Ø  Walaubagaimanapun, khalifah-khalifah yang terkemudian leka dengan kemewahan.
Ø  Tanpa diduga, Baghdad menghadapi serangan Mongol dalam keadaan masyarakat Islam tidak bersedia.
Ø  Kebanyakan tamadun Islam yang telah dibina sekian lama turut dimusnahkan oleh tentera Mongol.


Wallahu a'lam.
(Education Purpose)

Oh My Account!

Oh My Account!
Bukan akaun bank ye ^_^
Itu takyah cakap laa
Memang olwez OMG hahha

Akaun disini ialah Perakaunan
Siapa sangka suatu ketika dahulu
Subjek ini adalah subjek yang paling aku benci
Sampaikan kelas pun aku ponteng
Apatah lagi kelas tambahan -_-
Sanggup memilih berjalan daripada kelas
Mak aiihh!
Teruknya perangai..
Sampaikan kena panggil dengan warden wehh sebab ponteng kelas tambahan
Hahahha *_*

But now,
Subjek yang paling tak suka ini jugalah
Yang perlu aku kuasai
Yang perlu aku jadikan subjek kegemaran
Yang perlu aku tahu setiap selok belok
Yang perlu aku aplikasikan dalam pekerjaan aku
Semoga perjalanan aku dalam akaun membuahkan hasil
Dan dapat menggunakan ilmu yang dipelajari sebaiknya
Inshaa Allah ^_^

Mr. Chipsmore

Pernah satu ketika, this one guy
Even aku tak cite pasal aku tapi dia boleh tahu likes everything..
Seram pun ade meh!
Bila aku tanya mana tahu, dia boleh cakap semua maklumat hujung jari je lanie
Dush!
Bukan itu jawapan yang aku nak.. Grrr ~

Agak curious jugak la macam mana dia boleh tahu sedangkan time tue aku just guna nama panggilan fyda je kot!
Teringat lak sir shamsul yg bagi nama tue disebabkan dalam kelas ada 4 orang nama ain tidak termasuk aku.. Femes jugak la nama ain ni yee hahha
Back to the story, tanya punya tanya dia takmau bagitahu
Dah la dia nie kejap muncul kejap hilang.. Last last aku save chipsmore.. Padan muka!
Sape suh tenggelam timbul kan, naseb tak letak sabut.. Eh ape kaitan? Hmm

One day, takde angin takde ribut tetiba dia tanya siapa wafi?
Okay dah tahu!
Sebab hanya satu tempat je aku ade story mory orang nama wafi ni
Actually budak haha
Anak buah 'membe'
Dah nak masuk sekolah menengah ke ape budak tu, lama dah takjumpanya

So then aku dapat tahu mana maklumat dia dapat
Yess!
Nak sorok sangat kan, last last kantoii jugak hahha ^_^

Sebenarnya bukan setakat itu sahaja yang kantoi
Ada lagi perkara yang sangat mengejutkan
Dua tiga hari sebelum kantoi tue pun aku dah rasa lain macam
Macam ada something yang dia sorokkan
Jeng! Jeng! Jeng!

Memang tepat jangkaan aku!
Dia dah kahwin wehh!
Laki orang bhai!!
Hampeh betul?!
Bini dia reply message
Really calm and steady
Rupanya dah banyak kali laki dia buat hal sebelum ni
No wonder la dia tenang giler handle situasi

Before wife dia reply message tu ...
Aku saja la kekonon kata busy kt dia
Contact balik after one week
I need to focus on something
Something yang tak wujud pun sebenarnya

Tepat tepat after one week, dia message aku
Dia cakap dah cukup seminggu
Dah boleh contact la kan??
*lebih kurang gitu la ayat nya, aku lupa dahh*

Aku macam .... ?!
Dia ni takde rasa bersalah langsung ke ape dengan wife dia
Sanggup tipu cakap single pulak tu!
Aku terus je cakap
Sorry la, kalau tahu laki orang haritu takde nak message berkenalan
Lama beb dia diam then baru reply minta maaf..

Nasib baik la aku dapat tahu awal,
Aku taknak jadi peruntuh rumahtangga orang wehh!!
Even dia message afterwards pun aku tak reply
Dah banyak sangat message dia tu, terus aku block
Senang! HAHAHA



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

biG faMiLy

biG faMiLy
"TOGETHER WE MAKE A FAMILY"
Copyright© All Rights Reserved Sufiabid.blogspot.com