Kepentingan Menuntut Ilmu Dalam Islam
Dalam mana-mana tamadun sekalipun, belum ada yang menafikan
tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan. Rasulullah saw menyarankan manusia
untuk mencari ilmu kerana manusia dilahirkan dengan tidak memiliki ilmu.
Firman Allah dalam surah An Nahl; Ayat 78 yang bermaksud ;
“ Sesungguhnya Allah telah mengeluarkan kamu dari perut
ibumu (bayi) dalam keadaan tidak mengetahui apa pun, kemudian Dia melengkapkan
kamu alat pendengaran, penglihatan dan hati semoga kamu bersyukur.”
Manusia dilahirkan tanpa ilmu dan sedikit sahaja ilmu yang
dimiliki. Disebabkan itu, kita dituntut untuk menuntut ilmu dan sekiranya
mempunyai perkara yang diragui atau tidak diketahui haruslah bertanyakan kepada
mereka yang lebih mengetahui mengenai sesuatu perkara, yang boleh dijadikan
contoh dan teladan.
Baik anak lelaki mahupun anak perempuan haruslah diberikan
pendedahan dengan ilmu pengetahuan dan dididik sejak kecil untuk membiasakan
diri dengan menyintai ilmu dan mencari ilmu walaupun terpaksa berkorban
contohnya mengorbankan masa, harta benda atau berhijrah meninggalkan kampung
halaman untuk mencari ilmu. Kita bukan sahaja diminta untuk menuntut ilmu
fardhu ain, malah fardhu kifayah juga turut ditekankan contohnya ilmu bersukan,
berperang serta bahasa asing. Hal ini adalah supaya kita dapat mengenali budaya
bangsa lain dan mengelakkan kita
daripada ditipu oleh bangsa lain.
Mengikut sejarah permulaan kerajaan islam di Madinah,
Rasullullah saw menyuruh Zaid bin Thabit untuk mempelajari bahasa yahudi dan
baginda sendiri telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada sahabat ke
satu tempat yang terkenal dengan industri senjata untuk mereka mempelajarinya.
Wallahu a'lam.
(Education Purpose)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan