Kepentingan Menuntut Ilmu Dalam Islam
Orang
yang menuntut ilmu akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah dan
mendapat ganjaran syurga diakhirat. Dengan berilmu darjat seseorang yang
beriman diangkat oleh Allah. Dengan adanya ilmu, bukan sahaja dapat membantu
kita untuk membezakan perkara yang baik dan buruk serta dapat membantu kita
untuk memahami dan melaksanakan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan
meninggalkan segala laranganNya. Selain itu, hati juga akan turut tenang dan
tenteram kerana dengan berilmu kita dapat mengharungi segala cabaran dan dugaan
yang ditimpa tanpa menyalahkan mana-mana pihak kerana kita percaya dengan qada’
dan qadar yang telah ditentukan kepada kita.
Para
nabi tidak mewariskan sebarang harta benda kepada umatNya sebaliknya para nabi
mewariskan ilmu pengetahuan sehinggakan orang yang memiliki ilmu pengetahuan
selalu dalam perlindungan Allah melalui para malaikatnya dan seluruh makhluk di
langit dan di bumi meminta ampun kepada orang yg berilmu tersebut. Sebagaimana
Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud ;
Dari Abu Darda’ ra, ia berkata, saya mendengar Rasulullah Saw. bersabda:
“Barang siapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan
baginya jalan menuju Syurga. Dan sesungguhnya malaikat membentangkan sayapnya
untuk orang-orang yang menuntut ilmu karena ia puas dengan apa yang
diperbuatnya. Penghuni langit dan bumi sampai ikan dilautan memintakan ampun
kepada orang yang pandai. Kelebihan orang ‘âlimterhadap orang ‘âbid (orang
ahli ibadah tapi tidak ‘âlim), bagaikan kelebihan bulan purnama terhadap
bintang-bintang yang lain. Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi, dan
para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi para Nabi mewariskan ilmu
pengetahuan. Maka barang siapa mengambil (menuntut) ilmu, maka ia telah
mengambil bagian yang sempurna.” (H.R. Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Wallahu a'lam.
(Education Purpose)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan