Kepentingan Menuntut Ilmu Dalam Islam
Di dalam Islam, menuntut ilmu adalah diwajibkan ke atas
setiap umat muslim tanpa mengira jantina sama ada lelaki mahupun perempuan.
Seseorang muslim dapat memelihara akalnya dengan ilmu. Oleh sebab itu, dalam
Islam menuntut ilmu adalah merupakan amalan fardhu dan mulia bagi setiap
muslim. Hal ini selaras dengan sabda junjungan Rasulullah saw, yang bermaksud ;
“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim”
(Hadis
Riwayat Ibnu Majah)
Di dalam hadis ini, Rasulullah saw dengan tegas menyatakan
bahawa menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim bukan hanya sebahagian muslim sahaja. Kita tidak diwajibkan untuk mempelajari semua cabang ilmu. Kita wajib
mempelajari sebahagian daripada ilmu agama yang berkaitan dengan ibadah dan
muamalah sehingga membolehkan kita beribadah kepada Allah dengan benar, serta
ilmu aqidah dan tauhid sehingga menjadikan kita umat islam yang beraqidah dan
mentauhidkan Allah dengan benar dan selamat daripada perkara-perkara yang boleh
merosakkan akidah. Ilmu penting dalam kehidupan seharian kita kerana dengan
mempunyai ilmu pengetahuan kita dapat memperbaiki kehidupan yang sedia ada
untuk menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya.
Wallahu a'lam.
(Education Purpose)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan