Persahabatan atau Percintaan

Siapa yang pernah berada di dalam keadaan yang mana perlu memilih di antara persahabatan atau percintaan?

Dilema dalam memilih orang yang kita sudah kenal dari kecil mungkin dari sekolah rendah lagi dengan seseorang yang baru kita jumpa yang baru kenal beberapa bulan?

Pasti sangat sukar kerana kesemuanya melibatkan segala macam perkara

Baik dari segi emosi, perasaan, tanggungjawab, silaturrahim dan sebagainya

Namun demikian,
pilihan tetap jua harus dilakukan walaupun terpaksa melukakan salah satu pihak atau mungkin pilihan yang dapat menyenangkan kesemua pihak

Suatu ketika dahulu, aku jua pernah berada di dalam situasi yang mana aku perlu memilih di antara persahabatan yang mana telah aku kenali sejak hampir 14 tahun dengan seseorang yang aku kenali tidak hampir 3 tahun

Oleh kerana pada ketika itu aku dikaburi oleh janji-janji manis sehingga aku sanggup membelakangi sahabat yang betul-betul mahu membantu aku, akhirnya aku memilih orang yg aku baru kenali yang kemudiannya aku ditikam kembali oleh janji-janjinya

Akhirnya aku kehilangan semuanya

Walaupun sahabat itu masih belum sepenuhnya hilang dari radar, namun perhubungan itu tidak lagi seakrab dulu

Walaupun masih bertegur sapa tetapi semua hanya di media sosial, bukan bersua bertemu mata

Namun aku tetap bersyukur kerana kami masih lagi boleh berbual walau hanya secara 'online' bukan secara 'offline'

Terima kasih kerana masih menganggap aku sebagai kawan walau dengan apa yang telah terjadi sehingga dipulaukan oleh kawan-kawan yang lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

biG faMiLy

biG faMiLy
"TOGETHER WE MAKE A FAMILY"
Copyright© All Rights Reserved Sufiabid.blogspot.com