CTU : Analisis Ayat 3

CTU : Analisis Ayat 3
Kepentingan Menuntut Ilmu Dalam Islam

Di dalam Islam, menuntut ilmu adalah diwajibkan ke atas setiap umat muslim tanpa mengira jantina sama ada lelaki mahupun perempuan. Seseorang muslim dapat memelihara akalnya dengan ilmu. Oleh sebab itu, dalam Islam menuntut ilmu adalah merupakan amalan fardhu dan mulia bagi setiap muslim. Hal ini selaras dengan sabda junjungan Rasulullah saw, yang bermaksud ;

“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Di dalam hadis ini, Rasulullah saw dengan tegas menyatakan bahawa menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim bukan hanya sebahagian muslim sahaja. Kita tidak diwajibkan untuk mempelajari semua cabang ilmu. Kita wajib mempelajari sebahagian daripada ilmu agama yang berkaitan dengan ibadah dan muamalah sehingga membolehkan kita beribadah kepada Allah dengan benar, serta ilmu aqidah dan tauhid sehingga menjadikan kita umat islam yang beraqidah dan mentauhidkan Allah dengan benar dan selamat daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah. Ilmu penting dalam kehidupan seharian kita kerana dengan mempunyai ilmu pengetahuan kita dapat memperbaiki kehidupan yang sedia ada untuk menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya.

Menurut kitab Al-Furuq dan "Tahzib al-Furuq" bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya-'Ulumuddin" dan Imam Asy-Syafi'i dalam kitabnya "Ar-Risalah" menerangkan;  Bahawa telah sekata alim ulama, tidak harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia mengetahui lebih dahulu hukum-hukum Allah mengenai perkara yang hendak dilakukannya itu; - orang yang hendak berjual beli wajib mempelajari hukum Allah mengenainya dan orang yang hendak menyewa,  memberi sewa,  mengupah dan mengambil upah wajib mempelajari hukum Allah mengenainya. Demikian juga orang yang hendak sembahyang wajib mempelajari hukum Allah mengenal sembahyang. Demikian seterusnya segala perkataan yang hendak dikatakan dan segala amal yang hendak dikerjakan. Maka sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah tentu ia telah mentaati Allah dengan dua taat dan sesiapa yang tidak mengetahui dan tidak pula beramal, sudah tentu ta telah menderhaka kepada Allah dengan dua kederhakaan; dan sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan tidak beramal mengikutNya, maka ia telah mentaati Allah dengan satu taat dan menderhaka kepadaNya dengan satu kederhakaan.

Wallahu a'lam.
(Education Purpose)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

biG faMiLy

biG faMiLy
"TOGETHER WE MAKE A FAMILY"
Copyright© All Rights Reserved Sufiabid.blogspot.com