CTU : Analisis Ayat 2

CTU : Analisis Ayat 2
Kepentingan Menuntut Ilmu Dalam Islam


Dalam mana-mana tamadun sekalipun, belum ada yang menafikan tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan. Rasulullah saw menyarankan manusia untuk mencari ilmu kerana manusia dilahirkan dengan tidak memiliki ilmu.

Firman Allah dalam surah An Nahl; Ayat 78 yang bermaksud ;

“ Sesungguhnya Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu (bayi) dalam keadaan tidak mengetahui apa pun, kemudian Dia melengkapkan kamu alat pendengaran, penglihatan dan hati semoga kamu bersyukur.”

Manusia dilahirkan tanpa ilmu dan sedikit sahaja ilmu yang dimiliki. Disebabkan itu, kita dituntut untuk menuntut ilmu dan sekiranya mempunyai perkara yang diragui atau tidak diketahui haruslah bertanyakan kepada mereka yang lebih mengetahui mengenai sesuatu perkara, yang boleh dijadikan contoh dan teladan.

Baik anak lelaki mahupun anak perempuan haruslah diberikan pendedahan dengan ilmu pengetahuan dan dididik sejak kecil untuk membiasakan diri dengan menyintai ilmu dan mencari ilmu walaupun terpaksa berkorban contohnya mengorbankan masa, harta benda atau berhijrah meninggalkan kampung halaman untuk mencari ilmu. Kita bukan sahaja diminta untuk menuntut ilmu fardhu ain, malah fardhu kifayah juga turut ditekankan contohnya ilmu bersukan, berperang serta bahasa asing. Hal ini adalah supaya kita dapat mengenali budaya bangsa lain dan  mengelakkan kita daripada ditipu oleh bangsa lain.

Mengikut sejarah permulaan kerajaan islam di Madinah, Rasullullah saw menyuruh Zaid bin Thabit untuk mempelajari bahasa yahudi dan baginda sendiri telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada sahabat ke satu tempat yang terkenal dengan industri senjata untuk mereka mempelajarinya.

Wallahu a'lam.

(Education Purpose)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

biG faMiLy

biG faMiLy
"TOGETHER WE MAKE A FAMILY"
Copyright© All Rights Reserved Sufiabid.blogspot.com