CTU : Zaman Bani Abbasiyyah



ZAMAN PERTENGAHAN
KERAJAAN BANI ABBASIYYAH
(750 – 1258M)

1.0 PENGENALAN
Pembentukan Kerajaan Bani Abbasiyyah (750-1258M)
Ø  Diasaskan oleh Abdullah Bin Muhammad Bin Ali Bin Abdullah Bin Al-Abbas pada tahun 750M.
Ø  Berpusat di Baghdad, Iraq.
Ø  Terdapat 37 orang khalifah sepanjang tempoh pemerintahan yang berlangsung selama 524 tahun.
Ø  Zaman kegemilangan (sewaktu pemerintahan) :-
o   Khalifah Abu Jaafar al-Mansur
o   Khalifah Harun al-Rasyid
o   Khalifah al-Makmun
Ø  Berakhir pemerintahan pada tahun 1258M apabila Baghdad ditakluki oleh tentera Mongol yang diketuai oleh Hulagu Khan.

Gerakan Bani Abbasiyyah
Ø  Kerajaan Bani Abbasiyyah diasaskan pada tahun 750M setelah Gerakan atau Revolusi Abbasiyyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umayyah.
Ø  Gerakan ini ditaja oleh Ali Bin Abdullah dan bergerak secara sulit.
Ø  Gerakan ini lebih terbuka bermula pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.
Ø  Mereka meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad saw) untuk mendapat sokongan.
Ø  Mereka telah menjadikan Khurasan, Kufah, dan Humaimah sebagai pusat operasi menentang kerajaan Bani Umayyah.
Ø  Gerakan ini dikukuhkan oleh Abu Salama al-Khallal di Kufah.
Ø  Abu Muslim al-Khurasani menjadi ketua di Khurasan.

Cara perlantikkan Khalifah dalam kerajaan Bani Abbasiyyah
Ø  Cara perlantikkan khalifah di dalam Kerajaan Bani Abbasiyah adalah sama seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Bani Umaiyah iaitu menentukan sendiri bakal khalifah sebelum wafatnya
o   Abu al-Abbas al-Saffah melantik gantinya Abu Jaafar al-Mansor sebagai bakal khalifah manakala gantinya ialah anak saudaranya Isa bin Musa bin Muhammad bin Ali.
o   Khalifah Harun al-Rasyid pula melantik ketiga-tiga orang anaknya menjadi Khalifah atas nasihat para pembesarnya iaitu al-Amin, al-Makmun dan al-Mu'tasim. Kemudian berlaku perebutan kuasa yang berakhir dengan kemenangan kepada al-Makmun.
o   Al-Makmun kemudian melantik pula saudaranya al-Mu'tasim. Al-Mu'tasim melantik anaknya al-Wathiq. Al-Wathiq meninggal dunia tanpa melantik bakal khalifah. Pembesar-pembesar negara melantik gantinya al-Mutawakkil.
o   Al-Mutawakkil kemudiannya mengikut jejak langkah datuknya, Harun al-Rasyid dengan melantik tiga orang anaknya ganti khalifah iaitu Muhammad Muntasir Billah, Muhammad al-Mu'taz Billah dan Ibrahim al-Muayyad Billah. Kemudian diakhir pemerintahannya ia membatalkan perlantikan Muhammad al-Muntasir Billah kerana dijangka keburukkan akan berlaku sekiranya ia menjawat jawatan khalifah.

Ø  Khalifah kemudian dikuasai oleh pembesar-pembesar bangsa Turki, mereka melantik dan melucutkan siapa yang mereka kehendaki. Setelah Bani Buawaeh menguasai pemerintahan, mereka pula berkuasa dalam perlantikan khalifah. Sehinggalah kerajaan ini dikalahkan oleh tentera Mongol yang dipimpin oleh Hulagu Khan pada tahun 1258M.

Khalifah yang terkenal pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah

1.    Khalifah Abdullah Al Abbas (750 – 754M)
             Riwayat Hidup
Ø  Abu al-Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas.
Ø  Gelaran beliau ialah Abu Abbas As Saffah (Penumpah Darah).
Ø  Beliau dilahirkan pada tahun 104H di Humaimah.
Ø  Beliau dilantik sebagai khalifah pertama pada 13 Rabiulawal 132H / 750M.
Ø  Beliau wafat pada 13 Zulhijjah 136H ketika berusia 33 tahun.
Ø  Beliau memerintah selama 4 tahun 9 bulan.

Jasa-jasa Khalifah Abdullah al-Abbas.
Ø  Mengadakan rumah-rumah api untuk panduan musafir (lampu-lampu jalan raya untuk panduan orang-orang yang berjalan pada malam hari).
Ø  Memperbaharui jalan dan meletakkan batu tanda jarak di antara Mekah dangan Kufah mengikut kiraan Batu Hasyimi.
Ø  Memperkukuhkan angkatan tentera untuk mempertahankan ancaman musuh terutama dari Rom.
Ø  Membuka bandar baru di Iraq yang dinamakan Bandar Hasyimiah.
  
2.    Khalifah Abu Jaafar al-Mansur (754 - 775M)
             Riwayat Hidup
Ø  Abu Jaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas.
Ø  Beliau adalah saudara Abu Abbas.
Ø  Beliau dilahirkan pada 101H di Humaimah.
Ø  Beliau berjuang bersama-sama dengan saudaranya Abu Abbas untuk menegakkan daulah Abbasiyah.
Ø  Beliau adalah orang kanan As Saffah semasa menegakkan Kerajaan Bani Abbasiyah.
Ø  Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 136H atas wasiat Abu Abbas ketika berusia 35 tahun.
Ø  Beliau wafat pada tahun 158H di Bikrul Maimun dalam perjalanan untuk mengerjakan haji ketika berusia 57 tahun.
Ø  Beliau memerintah selama 22 tahun dan dianggap sebagai bapa pembangun kerajaan Abbasiyah yang sebenar kerana ditangan beliaulah kerajaan Abbasiyyah berdiri dengan kukuh.
Ø  Beliau berjaya menghapuskan segala anasir yang mengancam kerajaan.
Ø  Beliau memulakan pembangunan negara secara lebih pesat.
Ø  Beliau memulakan gerakan mengkaji ilmu pengetahuan sehingga Kota Baghdad dianggap sebagai pusat pertemuan ilmu pengetahuan dunia.

Jasa-jasa Khalifah Abu Jaafar al-Mansur
Ø  Mendirikan Kota Baghdad di Iraq.
Ø  Membina Istana yang indah.
Ø  Membina sebuah pelabuhan yang besar di Sungai Furat untuk persinggahan kapal-kapal.
Ø  Memajukan perkembangan ilmu pengetahuan, mempergiatkan usaha menterjemah buku-buku pengetahuan ke dalam Bahasa Arab.
Ø  Mendirikan sekolah tinggi iaitu "Baitul Hikmah".
  
3.    Khalifah Harun Ar Rasyid (786 – 809M)
             Riwayat Hidup
Ø  Beliau adalah anak kepada Khalifah Muhammad Al Mahdi.
Ø  Dilahirkan pada tahun 145H, di Raiy.
Ø  Pernah menjadi penglima perang menyerang Rom semasa ayahnya menjadi gebenor di Afrika Utara.
Ø  Mengerjakan Haji sebanyak 9 kali semasa hidupnya.
Ø  Dilantik menjadi Putera Mahkota pada tahun 166H.
Ø  Menjadi Khalifah pada tahun 170H. Ketika itu beliau berusia 25 tahun.
Ø  Wafat pada tahun 193 Hijrah di Tus (Tours).
Ø  Beliau memerintah selama 23 tahun.

Jasa-jasa Khalifah Harun Ar Rasyid
Ø  Menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
Ø  Mendirikan pusat-pusat pengajian rendah dan menengah serta memberi pelajaran dengan percuma.
Ø  Menjemput Para Ulama dan Cendekiawan ke Baghdad untuk mengembangkan ilmu pengetahuan.
Ø  Mengusahakan penterjemahan buku-buku asing ke dalam bahasa arab.
Ø  Menghapuskan musuh-musuh negara dari dalam dan luar negeri untuk menstabilkan negara.
Ø  Menjalinkan hubungan yang baik dengan negara-negara asing.
Ø  Mendirikan Darul Hikmah (Perpustakaan awam).
Ø  Membina tempat meneropong bintang untuk ahli ilmu falak
  
4.    Khalifah al-Makmun Bin Harun al-Rasyid (813 – 833M)
             Riwayat Hidup
Ø  Nama penuh beliau ialah Abdullah Al Makmun bin Harun Al Rashid.
Ø  Beliau adalah merupakan adik kepada Khalifah Muhammad al-Amin.
Ø  Beliau dilahirkan pada tahun 170H iaitu pada hari perlantikan ayahandanya Harun Al Rashid menjadi Khalifah.
Ø  Ibunya bernama Marajel iaitu seorang Jariah bangsa Farsi.
Ø  Pernah menjadi governor di Khurasan semasa Al Amin.
Ø  Dilantik sebagai Khalifah pada tahun 198H, ketika berusia 28 tahun.
Ø  Wafat pada tahun 218H di Tarsus dalam perjalanannya menghadapi satu peperangan dengan Rom. Ketika itu beliau berumur 48 tahun.

Jasa-jasa Khalifah al-Makmun Bin Harun al-Rasyid
Ø  Usaha-usaha menterjemahkan buku-buku asing ke dalam bahasa Arab.
Ø  Mendirikan dua tempat pusat pengkajian angkasa lepas iaitu di Damsyik dan Baghdad.
Ø  Menjemput para cerdik pandai ke Baghdad dan mereka diberi pelbagai hadiah.
Ø  Memperbaiki sistem hospital dan menambah bilangan hospital.
Ø  Mendirikan sekolah dan diberi kemudahan kepada pelajar-pelajar.
Ø  Memperluaskan dan memajukan Darul Hikmah

2.0 SUMBANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYYAH
1.    Pendidikan
Ø  Pemerintah menggalakkan masyarakat menimba ilmu.
Ø  Setiap masjid dilengkapi sekolah dan perpustakaan.
Ø  Golongan penyelidik dan ahli karya dianugerahkan hadiah lumayan.
Ø  Khalifah Abu Jaafar al-Mansur merupakan pelopor kegiatan intelektual. Beliau bertanggungjawab mengasaskan kota Baghdad dan mendirikan kolej perubatan.
Ø  Beliau turut menjemput Jurjis bin Jibril bin Bakhtishu’ pengarah hospital Jundishapur ke Baghdad dan melantik sebagai pengarah kolej perubatan.
Ø  Baghdad menjadi pusat intelektual terunggul pada masa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid (786-809M) yang juga merupakan pengasas Khizanah al-Hikmah (Khazanah Pengetahuan).
Ø  Kemuncak kegiatan keilmuan berlaku pada zaman al-Ma’mun Harun al-Rasyid (813-833M). Beliau mengambil inisiatif membesarkan institusi Khizanah al-Hikmah menjadi pusat kegiatan intelektual terunggul di dunia yang dikenali sebagai Bayt al-Hikmah (Rumah Pengetahuan).

2.    Penterjemahan
Ø  Kegiatan penterjemahan secara bersistematik karya klasik Yunani, Parsi dan India bermula pada zaman pemerintahan al-Ma’mun.
Ø  Lahir ramai ulama terkenal di seluruh pelusuk wilayah kekuasaan Islam.
Ø  Kegiatan penulisan dan penyusunan kitab hadis, fiqh dan tafsir al-Quran giat dijalankan.
Ø  Kesan daripada terjemahan karya sainstifik Yunani ke bahasa Arab membolehkan para sarjana Islam mempelajari ilmu-ilmu sains sebelum Islam.

3.    Ekonomi dan Kewangan
Ø  Bidang ekonomi dapat dilihat melalui peranan baitulmal. Fungsinya adalah untuk menjaga khazanah negara dan mengagihkannya mengikut keperluan negara dapat diselenggarakan dengan berkesan.
Ø  Sumber-sumber ekonomi seperti pertanian dan perdagangan berkembang pesat.
Ø  Cukai tanah merupakan sumber kewangan khususnya dari golongan non-muslim (dhimmi).
Ø  Antara sumber kewangan lain diperolehi menerusi zakat, cukai pendapatan, cukai perlombongan, cukai ternakan, cukai kastam, cukai garam, cukai ikan, cukai barang perdagangan, cukai kilang, cukai barang mewah, cukai import dan sebagainya.

4.    Politik dan Pemerintahan
Ø  Kelahiran fahaman politik mulai wujud.
Ø  Kerajaan menyediakan angkatan perang yang mantap bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman musuh sama ada dari luar atau dalam.
Ø  Organisasi kehakiman merupakan satu organisasi yang kukuh dan mempunyai peranan besar pada masa itu.

5.    Kemunculan Mazhab
Ø  Muncul golongan mujtahid (ulama Islam yang melakukan ijtihad dalam usaha menentukan hukum bagi sesuatu masalah yang timbul dalam masyarakat). Mereka terdiri daripada ahli Qias atau ahli Hadis.
Ø  Ahli Qias ialah golongan yang menggunakan fikiran atau qias untuk menetapkan sesuatu hukum.
Ø  Ahli Hadis golongan yang mengeluarkan hukum daripada Hadis.
Ø  Muncul pelbagai mazhab termasuk mazhab Hanafiyah, Malikiyah, Shafiiyah dan Hanbaliyah.
Ø  Perbezaan pendapat dalam mazhab tidak membawa kepada perpecahan kerana perbezaan fahaman atau pendapat berlaku pada perbezaan perkara cabang (furu’) dan bukan perkara asas dalam Islam.

3.0 KEJATUHAN KERAJAAN BANI ABBASIYYAH
1.    Kelemahan Pemerintah
Ø  Al Wasiq tidak melakukan sebarang pembaharuan.
Ø  Beliau hanya bergantung kepada pegawai Turki untuk mentadbir negara.
Ø  Setelah pengaruh Turki dan Parsi masuk campur, beliau cuba mengembalikan kegemilangan tetapi tidak berjaya.

2.    Perpecahan Wilayah
Ø  Akhir kurun ke 9M, kuasa khalifah semakin terbatas kerana banyak jawatan penting disandang oleh bangsa Turki dan Parsi.
Ø  Mereka mula membentuk kerajaan dan pengaruh sendiri.

3.    Perebutan Kuasa
Ø  Perebutan kuasa khalifah di antara putera-putera Al Mutawakil mengakibatkan kelemahan pentadbiran.

4.    Kegawatan Ekonomi
Ø  Pada akhir zaman Abbasiyyah, rusuhan dan pemberontakan selalu berlaku.
Ø  Pedagang tidak lagi ke Baghdad menyebabkan dana yang terkumpul di Baitulmal semakin merosot.

5.    Masalah Kewangan Negara
Ø  Urusan pembiayaan yang dikeluarkan untuk ketenteraan terlalu besar.

4.0 KESIMPULAN
Ø  Kerajaan Bani Abbasiyyah menjadi era kemuncak kegemilangan tamadun Islam di Asia Barat.
Ø  Sikap toleransi antara kaum menjadikan kerajaan ini mendapat sokongan yang padu daripada rakyat jelata.
Ø  Walaubagaimanapun, khalifah-khalifah yang terkemudian leka dengan kemewahan.
Ø  Tanpa diduga, Baghdad menghadapi serangan Mongol dalam keadaan masyarakat Islam tidak bersedia.
Ø  Kebanyakan tamadun Islam yang telah dibina sekian lama turut dimusnahkan oleh tentera Mongol.


Wallahu a'lam.
(Education Purpose)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

biG faMiLy

biG faMiLy
"TOGETHER WE MAKE A FAMILY"
Copyright© All Rights Reserved Sufiabid.blogspot.com